
Mayat mendiang Teoh digali semula Sabtu lalu untuk membolehkan bedah siasat kedua dijalankan di hospital Sungai Buloh pada hari berikutnya.

Kedua-dua ibu bapa mendiang Teoh tidak hadir di tempat pengkebumian kerana adat resam, tetapi menunggu di sebuah kuil di situ.
Turut hadir ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas majikan mendiang Teoh - Ean Yong Hian Wah yang juga exco kerajaan Selangor - dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Seorang mahaguru Feng Shui memberitahu media Cina bahawa hari ini adalah hari yang baik untuk disemadikan semula mayat mendiang Teoh.
Dalam pengkebumian pertama dulu, keranda mendiang Teoh dimasukkan ke dalam liang dengan menggunakan tali merah - simbol perjuangan untuk keadilan.
Hari ini, keranda mendiang Teoh diturunkan menggunakan tali biasa dan ditabur bunga berwarna putih, tanda kesucian.
MalaysiaKini/-
1 ulasan:
keluarga mendiang bukan islam sampai tak boleh selesaikan kes ini, satu cara sahaja pergi siam jumpa bomoh guna khidmat perantaraan jin. untuk menghapuskan sipembunuh. ataupun pergi bukit mertajam sebuah rumah ibadah cina paling terkenal disekitar seberang perai jumpa cheekong suruh dia selesaikan kes ini, ramai kaum tionghua berugama toist selalu jumpa cheekong dia paling top di bukit mertajam sehingga ibu saya sendiri pun guna khidmat dia.
kita sebagai Islam tahu benda ini syirik untuk mengamalkan.
Catat Ulasan