02 Disember 2009

"Umno kini busuk hingga ke ususnya" - Mahathir

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya."

"Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

" Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.

Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

HarakahDaily.Net/-

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenyataan ini sebagai umpan / perangkap utk PR je..
supaya PR bangga, leka, lalai, tunai tanggungjawab pun sambil lewa..

knowing cetdet..takkan dia nak bongkar kelemahan umno...afterall dia perlukan umno nak naikkan anak dia

armouris berkata...

Rahsia awet muda Tun Dr. Mahathir? - Rahsia Muda Dr. Mahathir

Tanpa Nama berkata...

Pasti ada muslihat di sebalik kata-kata Tun ni. Bukannya mudah utk rakyat pada zaman siber ni utk menelan bulat-bulat kata-kata Tun.

Secara logiknya takkan hanya baru sekarang Tun menyedari yang UMNO/BN itu busuk. Takkan Tun tak sedar yang rasuah dalam UMNO/BN telah membarah ketika Tun menjadi PM lagi. Takkan Tun tak sedar yang Tun adalah PM yang bertanggungjawab meruntuhkan institusi kehakiman, menjadikan polis dan institusi berkepentingan sebagai benteng utk Tun terus berkuasa. Takkan Tun tak sedar yang Tun adalah PM yang mula-mula mengkelepetkan kebebasan media di negara ini dan Tun juga menggunakan media perdana sebagai alat propaganda utk memfitnah dan menjatuhkan musuh-musuh politik Tun. Tun juga dengan senang menggunakan ISA utk memenjarakan sesiapa shj yang pada pendapat Tun boleh mengancam kedudukan Tun dan kerajaan UMNO/BN. Tun juga bertanggungjawab menikuskan Raja-Raja Melayu dan menjadikan Raja-Raja bagaikan boneka.

Sebenarnya banyak lagi dosa-dosa yang dilakukan oleh Tun semasa Tun menjadi PM dulu dan dek kerana dosa-dosa itulah menjadikan UMNO/BN seperti yang Tun kenali pada hari ini.

Malaslah aku nak ulas lagi sakit kepala aku je. Pada pendapat aku UMNO itu duit, duit itu UMNO takde org yang nak terkinja-kinja dalam UMNO kalo tak disebabkan duit.

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju 100% sepertimana apa yang di ulas di atas !!

Tanpa Nama berkata...

saya sangat2 setuju dgn komen2 dr 2 tanpa nama yg ats ni..sokong! UMNO rosak pon sbb tun..tun yg mengajar UMNO rasuah..dh rosak, tun nk lepas tgn plak..

Tanpa Nama berkata...

Sape yg merancang/mengarah pembunuhan ulamak n para syahid di memali..? x payah jawab la ramai yg tau... nak suruh insaf n beraubat pn x guna org mcm ni.. kita tngu jela hari pembalasan utk org ni.. x dunia kt akhirat

Tanpa Nama berkata...

PM pelingkup negara dah baut cerita baru. Seoalh-olah dia lah malaikat yang tak buat salah.
Kalau semua orang baca sejarah awal dia dapat masuk semula UMNO tahun 72 dengan bantuan Dato Harun Idris, kita semua akan sedar bahwa kenyataan dan amaran Tunku tentang bahayanya orang macam Mahathir ini.
Tapi Tunku masih ada harga diri. Dia tak kacau keputusan Razak bawak balik mahathir sehingga ke dalam kabinet dgn status Senator saja sebab kalah PRU 1969.
Orang macam Mahahtirlah yang melingkup kan ekonomi Malaysia dengan program Mat Jenin yang menjerat leher semua orang Melayu.
Sekarang ini yang ada ialah orang melayu yang pandai berhibur dan membazir.
harap lawan bola dengan Laos pun boleh kalah.
Sekarang ini semua kenyataan dia yang hentam semua orang adalah untuk mengalih pandangan dari melihat balik berapa banyak wang dan khazanah negara yang telah hangus.
Hutan semulajadi dan dan khazanah laut pun habis dan dilelong.
Dia buat semua komen untuk selamatkan anak-anak dia yang dah pun dan masih lagi makan besar hasil penat jerih rakyat semua.
Anak2 dia yang asyik kutuk Pak Lah dulu pun dah kaut ratusan juta projek petronas dan MISC kerana bapak dia PM dan mantan.
Kalau orang lain minta projek macam anak anak dia dapat dah sah memang tak akan dapat.
Inilah kejayaan Melayu yang ditinggalkan selepas 22 tahun menjadi diktator di Malaysia.

APO NAK DI KATO berkata...

BUSUK BUKAN LUARAN
TETAPI DALAMAN
HASIL DARIPADA BENIH DISEMAI
OLEH DR M SENDIRI

BERMUSUH DENGAN ULAMAK
IMUNITI RAJA RAJA MELAYU
PEMECATAN HAKIM HAKIM
OPERASI LALANG
LEBIH GUNA ISA, OSA....

MELAYU HAPRAK
MELAYU SUBSIDI
BANGSA RED INDIAN
MELAYU MUDA LUPA

APO NAK DI KATO