23 Januari 2010

Pakatan Rakyat Johor kutuk bakar gereja, surau

7 Safar 1431H

JOHOR BAHRU, 22 Jan: Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Johor mengutuk dengan sekeras-kerasnya tindakan yang tidak bermoral dan bercanggah dengan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Demikian kenyataan bersama Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed dan Pengerusi PKR negeri, Annuar Salleh selepas mesyuarat tergempar semalam, berkaitan insiden melempar cat, membakar gereja dan surau di Muar.

Sehubungan itu, mereka menyeru semua rakyat yang berbilang kaum dan agama agar bersabar dan bertenang serta mengelakkan daripada mengambil tindakan di luar daripada landasan undang-undang.

“Kami mendesak supaya pihak keselamatan segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan menghadapkan mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” ujar mereka dalam satu kenyataan.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

yes berkata...

Terima kasih PR, bila TGNA nak datang melawat surau yang terbakar?