23 Januari 2010

Tindakan jadikan surau sebagai sasaran dikecam

7 Safar 1431H

KUALA LUMPUR, 22 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang menyerang rumah ibadat, dan yang terkini surau, sebagai tindakan pengecut dan tidak bermoral.

"Saya mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam," kata beliau dalam kenyataannya.

Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting masing-masing dipercayai dibakar menggunakan minyak tanah.

Setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.

"Pendirian Pakatan Rakyat jelas iaitu kesucian rumah ibadat, walau apapun kepercayaannya mestilah dihormati. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral," katanya.

Beliau juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu.

Amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit, katanya.

Harakahdaily.net/-

3 ulasan:

yes berkata...

Adakah pegangan akidah itu laba yang sedikit? Ingatlah syaitan itu datang dengan berbagai badai wajah.

Tanpa Nama berkata...

mainan UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Mengapa UBN geram sangat kat Anwar? sebabnya inilah satu-satunya tokoh yg bakal meruntuhkan UBN...