23 Januari 2010

Surau dibakar bakal dapat RM500 ribu?

7 Safar 1431H
Angkasanuri

Selepas reda sekejap isu bakar gereja, semalam dua buah surau di Muar pula dibakar pada awal pagi.

Dalam kejadian bakar gereja yang pertama di ibu kota, Perdana Menteri Dato Seri Najib yang membuat lawatan ke gerejaMetro Tabernacle Church Taman Malawati mengumumkan bantuan sebanyak RM 500,000 untuk memindahkan gereja berkenaan ke tapak baru.

Bagi saya tindakan bakar gereja dan bakar surau mempunyai agenda yang sama. Membuat khianat untuk mewujudkan suasana panik dan huru hara dalam negara.
Cuma saya berharap kerajaan 1Malaysia tidak bersikap double standard dalam menyalurkan bantuan.

Jika gereja diberi setengah juta maka surau juga boleh mendapat bantuan yang sama. Kalau tak RM setengah juta RM 50 ribu pun ok juga.

Kalau tak boleh juga RM 5 ribu pun boleh untuk tabung surau. Lebih-lebih lagi surau yang dibakar dan dikhianati itu terletak dalam kawasan parlimen Timbalan Perdana Menteri.

Harakahdaily.net/-

11 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

anwar ibrahim kata orang UMNO bakar gereja...
skrg surau terbakar sebab orang Mana? PAS atau PKR

pkrpasdap.blogspot.com

tok janggut 1 berkata...

org BN la

Tanpa Nama berkata...

bukan kerja orang Pakatan Rakyat untuk bakar gereja atau surau.

Tanpa Nama berkata...

UMNO memang tak nampak rasuah diri sendiri, sendiri jahat tapi tuduh orang lain

Tinta Hitam berkata...

Saya merasa kuat syak saya kumpulan yg membakar surau ni pulak adalah dari kumpulan samseng dan diupah oleh pihak yang sama menyuruh budak budak muda membakar gereja.Sebab bakar gereja gagal mendapat response dari org ramai maka merek escalate bakar gereja pulak.Harap harap org melayu akan mengamok dan membawa parang panjang.Tapi nampak gaya gagal lagi

david ahmad muniandy berkata...

orang-orang kristian hendak membuka gereja baru terpaksa beli rumah atau rumah kedai menjadi sebuah gereja, kebanyakkan mereka mengguna wang persatuan atau wang tabung mereka untuk membeli rumah kedainya. lagi satu kalau sesetengah orang kristian yang kaya mereka sanggup derma sebuah rumah kediaman ataupun beli sebuah kedai untuk derma jadi sebuah gereja, jadi rumah kedai gereja itu tiada sangkut paut dengan kerajaan.
serupalah sesetengah umat islam ada tanah wakaf buat masjid.

Jadi hangpa sebagai islam nak marah apa!!! sanggupkah hangpa bergelar sebagai orang kaya berhartanah wakafkan tanah membuat masjid?

david ahmad muniandy berkata...

lain kali nak cakap apa-apa guna akal dan otak berfikir.

nak marah-marahlah nak peduli apa sebab itu orang-orang seperti masyarakat kita bergelar sebagai kurang ajar.

david ahmad muniandy berkata...

kalau anak hangpa dengan beberapa kumpulan kawan(kira kampung gengster)telah baling batu memecah cermin tingkap kereta jiran yang bukan islam secara dengan sengaja, hangpa nak ganti balik tak? (sekarang aku bagi hangpa fikir secara warak guna otak dan akal)

serupalah kerajaan kena gantirugi kepada gereja yang terbakar sebab bangunan itu beli dengan wang hasilan dari tabung derma gereja dan juga derma-derma dari persatuan kristian bukan guna peruntukkan wang dari kerajaan pun.

org klang berkata...

sebagai org beragama diharap dapatlah menghormati dan menggunakan rumah ibadat dgn sebaik-baiknya.yg islam pergilah mengimarahkan masjid dan yg kristian pergilah kegereja anda...
membakar surau dan gereja adalah kerja mereka yg tak faham agama,tidakkah mereka tahu bahawa setiap rumah ibadat itu perlu dilindungi keselamatannya walaupun ketika perang.

david ahmad muniandy berkata...

tajuk "surau dibakar bakal dapat RM500 ribu? oleh Angkasanuri"
bagi aku memang tak boleh terima, waktu taip tak fikir guna akal dan otak, tajuk ini membawa kebencian diantara satu sama ia sebagai sifat cemburu dan irihati.

Tanpa Nama berkata...

JANGANLAH MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN SESAMA ISLAM.