13 Februari 2010

LAPORAN POLIS DARI BADAN-BADAN NGO PERAK TERHADAP BLOGGER FITNAH TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

28 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

Kami melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar dengan aksi liwat.

Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab.

Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan.Siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Kami berpendapat bahawa penyiaran gambar lain yang mencolok mata yang melibatkan individu lain seperti gambar separuh bogel yang diubah suai dengan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam blog “anwar al-juburi” turut diambil tindakan yang sewajarnya.

Bertarikh pada 11 haribulan Februari 2010

PERTUBUHAN : ANGKATAN BELIA ISLAM PERAK : CIKGU SUHAIMI AB LATIF
TERAS PERAK: USTAZ WAN AHMAD TARMIZI
INSTITUT PEMIKIR MUDA MALAYSIA : SDR HAFEZ SABRI
JEMAAH ISLAH MALAYSIA ( JIM ) : ir MEGAT





6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teruskan NGO2 Perak, kita bersatu tumbangkan UMNO MUNAFIK

Tanpa Nama berkata...

yb org muda yg pakai kopiah yg bju biru 2 sape?
cm nk kpstian..

serupasekala berkata...

serupasekala on February 12, 2010 9:19 AM said...
Salam Ustaz,

Saya sekadar nak tahu dan bukan nak mengaib mana mana pihak.

Kalimah ALLAH sekarang ini diwar war kan dan amat sensitif dikalangan umat islam Malaysia.

Soalan saya .

1. Pada logo POLIS ( Crown Polis ) tercatat perkataan ALLAH DAN MUHAMMAD. Samaada di topi dan di talipinggang dan dipakai oleh semua anggota polis baik lelaki perempuan muslim dan non muslim.
kemana sahaja yang mereka masuk atau mereka pergi nama ALLAH DAN MUHAMAD bersama mereka samaada tempat maksiat ,tandas dan sebagainya.
Apa pandangan dan pendapat ustaz atau apa hukum dalam islam jika perkara ini berlaku samaada sengaja atau tak sengaja.

ustaz nor amin on February 12, 2010 10:18 AM said...
Salam terima kasih atas pertanyaan serupasekala.

Jawapan bagi soalan anda ini ialah dahulu saya tidak ingat bila tarikhnya telah dipertikai oleh ulamak-ulamak dalam Malaysia mengenai Nama Allah, Perkataan Allah dan Nabi di logo polis.. Tetapi ini tidak diindahkan dan saya tak pasti masih ada atau tidak kalimah Allah di logo polis.

Sebenarnya tidak menjadi masalah dimasukkan di logo, tetapi menjadi masalah adalah di mereka ini masuk di tempat maksiat, di tandas dan ditali pingang yang terletak di atas kemaluan.. Bagi bagi saya ini tidak dibolehkan, tetapi saya tidak tau pandangan ulamak yang lain. Alasan saya tidak boleh adalah sebab kalimah diletakkan ditempat tidak sepatutnya seperti masuk tanda, tali pinggang, masuk kelab malam dan sebagainya. Jika lain dari apa yang saya nyatakan diharuskan seperti contoh diletakkan di topi, tidak membawa masuk kalimah Allah dan Nabi di tandas dan sebagainya.

dino.yp@gmail.com berkata...

lepas ni Zunar punya giliran... kaki tabur fitnah jugak tuh...YB, bila nak buat laporan polis ?

Tanpa Nama berkata...

SALAM,

ITU TANDANYA UMNO JOHOR KHASNYA DAN UMNO MALAYSIA AMNYA DAH MUFLIS UNTUK BERHUJAH MAKA JALAN ORANG YANG TAK ADA AGAMA INI IALAH MELAKUKAN FITNAH MELAMPAU YG PATUT DI KUTUK OLEH SEMUA UMAT ISLAM DAN JUGA ORG2 BUKAN ISLAM YG WARAS DAN MENJUNJUNG TINGGI ASPEK AGAMA DAN MORAL.

Tanpa Nama berkata...

UMNO MEMANG TAK PERNAH SERIK,JAHAT BUSUK ...PENDEK KATA AKU BENCI AMNO