13 Ogos 2010

Seorang lagi bekas pemimpin bakal didakwa?

2 Ramadhan 1431 H

Seorang lagi bekas pemimpin diuar-uarkan akan didakwa hari ini.Khabar angin itu menyaksikan wartawan dan jurugambar bekejar ke bangunan Mahkamah Sesyen Putrajaya sejak jam 9 pagi lagi.

Ketika ini, tidak kurang 15 petugas media berkumpul untuk mendapatkan kepastian khabar angin berkenaan.Usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya. Tiada juga kakitangan daripada Pejabat Peguam Negara atau bekas pemimpin itu kelihatan berada di situ.

Pada masa yang sama, sekumpulan wartawan dan jurugambar yang lain pula berkumpul di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk tujuan yang sama.

Pejabat Peguam Negara yang dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi tidak juga menafikannya. Mereka yang dihubungi pula enggan mengulas dan menyatakan “saya pun tidak tahu apa ceritanya.”

Adalah dipercayai pendakwaan hari ini mungkin berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Pada 29 julai lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah sesyen yang sama atas tuduhan memperdayakan kerajaan bagi memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali PKFZ, pada 2002.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di tingkat empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Beliua mengaku tidak bersalah dan sekarang ini dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu perbicaraan.

Malaysiakini/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Polis diskriminasi. Gimik nak tunjuk konon2 kerajaan telus. tp dia lupa Tun Dr Ling pergi mahkamah tak digari, GM Sime Darby (Rasuah) pergi mahkamah kena gari. Last2 nanti lepas... mcm kes pewaja.

Tanpa Nama berkata...

keputusan makamah keatas Tun Dr Ling ialah "pihak pendakwa gagal membuktikan tertuduh bersalah". Dengan ini makamah membebaskan tertuduh dari segala pertuduhan.
Ending cerita perbicaraan Tun Dr Ling..kah...kah

Tanpa Nama berkata...

teror lah hang... dah hafal skrim hakim. Dah agak dad, akan terlepas juga. Mcm Bung Mokhtar, kalau rakyat biasa tu tak dapat dikurangkan hukuman. Hai dunia nak kiamat agak ye... pemimpin tak adil, yang melaksanakan undang2 agama pun dah tak boleh nak percaya baik hakim, baik mufti...

Tanpa Nama berkata...

malaysia...beb! Wa sudah faham senario dia.
yang wa x faham kumpulan senario saja..kah..kah.