13 Ogos 2010

Wan Azizah nafi tohmahan jahat Ezam

2 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor.

"Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar," kata Wan Azizah.

Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama Umno dan tidak sebelumnya.

“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, beliau telah enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno.

Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” ujarnya.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ezam sekarang dah jadi Badut Sarkas untuk umNO. Untuk kempen "Selamatkan Selangor" Dia akan serang DSAI diselang seli dengan jenaka sebagai santapan untuk semua mangkok ayun umNo yng pi dengar.
Sebagai balasan, dia dapat lah habuan yang cukup memuaskan hasil duit rasuah yang diperolehi oleh umNo selangor..samada dari anak toyol atau mat jenin(noh Omar..berangan nak jd MB selangor)
Puak umNO yg pi dengar dapat seronok..ezam dapat habuan hasil titik peluh malam tu sebagai rezeki untuk menyara anak bini..

Anuar sihat serupa tu..Pas macam biasa, DAP xde apa, yg curi pasir kat selangor pun macam biasa....tup-tup ADUN umNO bunuh orang..lepas tu bunuh diri dia sendiri..
Untuk Ezam..mana yang lebih hina dan terkutuk, jijik, kotor antara Anuar Ibrahim yang..tak ada bukti sahih dia terlibat dgn apa yang Ezam dakwa..atau ADUN UMno yang dah dibuktikan bunuh orang lepas tu bunuh diri...

Ezam pening dan jadi tengin, dia kutuk anuar..ADUN UMNO bunuh orang..bunuh diri..Selangor tetap milik PR...

Tanpa Nama berkata...

Daripada lu sibuk nak "selamatkan selangor" lagi afdal lu bikin kempen "selamatkan akhlak orang UMNO"
Akhlak orang UMNO dah jatuh merudum teruk macam jatuhnya FDI..
Selangor dah tentu selamat kat tangan PR, tapi akhlak orang UMNO belum tentu selamat lagi..

Tanpa Nama berkata...

Kita tgk lepas nie sesumpah tu ada teloq ke tidak? Sesumpah hanya berani main belakang je, depan2 mana dia berani Datin. Dia ingat dgn duit rasuah yang UMNO bagi tu blh selamatkan dia dlm kubur & akhirat kot, sebab tu berani buat fitnah. Zaman Nabi dulu, org yang buat fitnah zina/liwat ni kena hukum bunuh.