13 Ogos 2010

Lawatan ke Pasar Ramadhan Batu 5

3 Ramadhan 1431H.

Drs. Khalil bertanya khabar kepada seorang pengunjung di Pasar Ramadhan Batu 5.


TITI SERONG, 12 Ogos :- Siri lawatan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim diteruskan lagi dengan sekali ini beliau melawat Pasar Ramadhan yang terletak di batu 5, Jalan Baharu yang juga terletak dalam DUN Titi Serong.

Dengan siapnya bangunan baru yang digunakan untuk kali pertama sempena Ramadhan tahun ini kelihatan para perniaga lebih selesa dengan ruangan niaga yang lebih selesa dan mencukupi. Selain terdapat lagi satu lokasi jualan yang terletak diseberang jalan berhadapan dengan pasar yang sedia ada.

Drs. Khalil mengambil masa sekitar sejam untuk bertemu dengan peniaga dan pengunjung pasar sambil mengedarkan jadual berbuka puasa. Sebanyak 700 jadual berbuka telah diedarkan.



Tiada ulasan: