13 Ogos 2010

Lawatan ke Pasar Ramadhan Taman Wawasan Parit Buntar.

2 Ramadhan 1431H.

Drs. Khalil sedang mengedarkan jadual berbuka puasa kepada pengunjung Pasar Ramadhan Taman Wawasan.

PARIT BUNTAR , 11 Ogos:- Kesibukan Peniaga dan pengunjung Pasar Ramadhan Taman Wawasan di sini dirasai sama oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim dalam kunjunganya sekitar sejam untuk meninjau permasalahan dan bertanya khabar.

Sebanyak 1000 jadual berbuka puasa turut diedar dalam lawatan tersebut.

Kebanyakan peniaga dan pengunjung yang menemui Drs. Khalil membuat rungutan mengenai tempat yang agak sesak dan sempit berbanding dengan pengunjung yang bertambah dari tahu ke tahun.

Pada tahun lepas pasar Ramadhan yang dianggap terbesar sekitar pekan Parit Buntar itu diadakan di lokasi yang sama.









1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada saudara dan PAS perak yang sentiasa bergerak cergas dalam perjuangan menentang penindasan UMNO tanpa mengira waktu