15 Oktober 2010

MCA CABAR DAP: UMNO BILA LAGI?

06 Zulkaedah 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda MCA Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang secara terbuka mempelawa DAP Negeri Perak berdebat dengannya.

Walaupun kedudukannya tidak setanding dengan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham atau Setiausaha DAP Perak Ngar Kor Ming tetapi Datuk Mah sungguh berani mencabar berdebat.

DPPN Pk mengalu-alukan usaha pentas debat tersebut, malah acap kali mempelawa Pergerakan Pemuda Umno Negeri Perak berdebat, bermuzaqarah atau bertemu bagi merungkai kemelut Negeri Perak yang tiada kesudahan ini.

DPPN Pk berharap debat antara MCA dan DAP ini akan berlangsung dengan jayanya. Malah DPPN Pk menyokong usaha kearah debat tersebut bagi memberi ruang kepada rakyat untuk menilai hujah kedua-dua parti dengan telus dan secara langsung tanpa sebarang tapisan dan sekatan.

DPPN Pk juga berharap supaya usaha untuk menemukan tokoh utama di Negeri Perak ini turut diadakan iaitu antara Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Biar rakyat yang menentukan tokoh yang benar-benar lebih berkaliber bagi mengzahirkan sokongan sebenar mereka terhadap kedua-dua tokoh ini.

Tiada ulasan: