26 Oktober 2010

Sepatutnya UMNO dah lama Islam

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Annuar Kamaruddin

Rasanya sudah sampai masanya saya menghimbau kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 1988 yang menjadi punca UMNO kini bercelaru, dahulu dan selamanya akibat tindakan mereka menolak Islam.

Peristiwa ini berlaku semasa hari kedua persidangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) atau UMNO. UMNO ketika itu baru pulih dari pengharaman akibat dari perebutan jawatan Presidennya dan Timbalan Presiden. Lantaran itu wujud apa yang dinamakan sebagai Team A dan Team B.

Pada sebelah petang itu ketika sessi pembentangan usul, tiba-tiba bangun seorang perwakilan menuju ke podium perwakilan berucap.

Katanya, “Saya ingin membentangkan satu usul tergempar iaitu bagi meminda Fasal 3 Perlembagaan parti dari UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu kepada Berjuang untuk Islam dengan bersandarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias.”

Begitulah kira-kira ucapannya. Saya tak dengar pulak dia sebut dia perwakilan dari bahagian mana. Seluruh dewan PWTC ketika itu senyap sunyi. Tan Sri Ninam Shah (Pengerusi Tetap) pun terkedu. Semua senyap.

Tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO (Encik Ghafar Baba) mengambil mike di meja MKT dan berkata tegas. “Hei, apa awak cakap ni. Usul ni dah kita tolak. Usul ni tak boleh bawa.

” Begitulah kira-kira kata Encik Ghafar. Dewan riuh. Perwakilan tersebut dengan muka tebal (agaknya) terus lari kembali ke tempat duduknya. Dewan ditenangkan kembali oleh Pengerusi Tetap.

Pada pandangan saya, itulah titik tolaknya mengapa dan kenapa perjuangan UMNO kini semakin bercelaru. Islam tidak menjadi dasar parti dan tidak boleh menjadi dasar parti.

Ke mana arah hendak di bawa. Kalau dikatakan hendak memperjuangkan Melayu, dengan orang Melayulah UMNO paling bermusuh. Hendak dikatakan memperjuangkan Islam, sudah terbukti Islam pun ditolak dari menjadi dasar parti. Kepada mereka yang masih waras, tinggalkanlah UMNO.

2 ulasan:

Raziq Najab berkata...

PERSETAN DENGAN KEBANGSAAN!
PERGI JAHANAM DENGAN UMNO!!

ALLAHUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

umno ni parti munafik..bila basah xboleh pegang..
parti yang mengajar org melayu melakukan dosa besar..mencari dunia tinggalkan akhirat..jika cara demokrasi adalah cara untuk tamatkan riwayat umno..kita akan pastikan pada PRU akan datang...