11 Januari 2011

Banjir semakin pulih hanya 1 883 mangsa di pusat pemindahan

6 Safar 1432H.

KOTA BAHARU - Keadaan banjir di Kelantan pagi ini bertambah baik dan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkurang kepada 1,883 berbanding 2,238 orang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata, sebanyak lapan pusat pemindahan masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat.

"Kesemua mangsa melibatkan 584 keluarga dan sehingga kini hanya lapan pusat pemindahan masih dibuka iaitu lima di daerah Pasir Mas dan tiga di Tumpat," katanya ketika dihubungi.

Jurucakap itu berkata, hanya empat laluan masih ditutup kepda kenderaan ringan iaitu Km 3 Jalan Pengkalan Rakit, Km 9 Pohon Tanjung-Rantau Panjang (jalan lama) Kampung Siram, Km 23 Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, dan Km 6 serta Km 9 Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti.

Paras air Sungai Golok juga semakin surut walaupun masih melebihi paras bahaya 9 meter iaitu pada 9.38 meter.

Tiada ulasan: