11 Januari 2011

Kanak-kanak 3 tahun mati

06 Safar 1432H.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia dengan 73 kesan lebam dan luka dipercayai didera di rumah bapanya di Kampung Sungai Tiram, di sini, kelmarin.

Mangsa, Nordiana Qistina Nurafizan, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi dalam keadaan menyayat hati di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Selain Nordiana, adiknya, Danish Irsyad, 1, kini turut menerima rawatan di Hospital Sultan Aminah (HSA).

Nordiana adalah anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, pekerja kilang dan ibu tirinya, seorang suri rumah.

Ibu mangsa, Nur Aquilla, 27, yang dalam proses penceraian, pengsan tiga kali setelah melihat mayat anaknya di bilik mayat HSI kerana tidak dapat menerima hakikat itu.

Menurut Nor Aquilla, seorang kerani akaun di sebuah syarikat di Pasir Gudang berkata, suaminya menghubunginya untuk memaklumkan kematian Nordiana kira-kira jam 11pagi kelmarin.

Datuk mangsa, Razali Ismail, 52, berkata, sejurus mendapat berita itu, dia bergegas ke HSI untuk melihat keadaan cucunya itu.

“Apabila sampai di sana, saya dapati dia sudah meninggal. Saya sangat sedih kerana dia adalah cucu saya yang paling rapat dengan saya.

“Sebelum ini, ketiga-tiga cucu saya tinggal bersama saya, tetapi saya mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke wad dan ditemani isteri, jadi bapa mereka ambil mereka untuk dijaga,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman yang serius.

”Punca kematian Nordiana adalah kerana 73 kesan penderaan di seluruh tubuhnya. Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa dihantar oleh bapanya ke HSI kira-kira jam 8.25 pagi kelmarin, tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian.

Roslan berkata, ibu tiri mangsa akan ditahan dalam masa terdekat untuk disiasat.

Sinar Harian/-

2 ulasan:

mizztraveller berkata...

Jahanam punya orang .
Rest In peace Baby

Rakyat Pakatan berkata...

Anak bongsu aku berumur 3 tahun 2 bulan, masih tak tahu bercakap. Kekadang dia meragam dan menangis bila kehendaknya tidak di ikuti. Aku rasa tension dan geram jugak dengan perangainya. Apa yang aku selalu buat bila dia meragam ialah peluk dan gomol dia serta cium perut dia sampai dia ketawa terbahak-bahak. aku takkan dera dia sebab dia pun manusia macam aku juga malahan sebahagian dari tubuhnya adalah darah daging aku juga yang akan aku pertahankan selagi aku bernyawa, Insya Allah. Wassalam.