24 Februari 2011

Gaduh di UPM: Saifuddin temui dua kumpulan mahasiswa

21 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
PUTRAJAYA 24 Feb. - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menemui dua kumpulan mahasiswa Universiti Putra Malaysia ekoran pergaduhan yang berlaku semalam berhubung pilihan raya kampus.

"Dalam kedua-dua pertemuan yang berasingan itu, saya menekankan pilihan raya kampus seharusnya dijadikan medan terbaik untuk memberikan pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.

"Pendidikan politik dan demokrasi ini seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi yang lebih matang di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kekecohan itu berlaku apabila sekumpulan 200 pelajar pro-Mahasiswa bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) membatalkan kemenangan 11 calonnya.

Demonstrasi yang bertujuan meminta penjelasan daripada Timbalan Naib Canselor HEP UPM kemudian menjadi tidak terkawal, mengakibatkan pintu kaca untuk ke bangunan pentadbiran HEP itu pecah dirempuh dalam keadaan kelam-kabut dan berasak-asak.

Tiga kakitangan UPM termasuk dua pengawal keselamatannya cedera di tangan manakala beberapa pelajar mengalami kecederaan ringan. - Bernama

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah menang 2 menang la. Kan undi guna komputer. Apa lagi masalah TNC HEP ni? Apa lagi yang xkena? Biar la mahasiswa2 belajar berpolitik. Yang TNC over terlebih tu apasal? Dapat PHD dari mana ni?