18 Mac 2011

Habis Modal Punca Isu DNA Anwar Diperbesarkan, Kata Yaakob

13 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 18 MAC : Dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat di negeri ini, Umno-Barisan Nasional dilihat semakin terdesak sehingga menggunakan pelbagai taktik tidak masuk akal, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Anggerik, Yaakob sapari.

Buntu untuk mengembalikan sokongan rakyat yang semakin menebal kepada Pakatan Rakyat, isu penyerahan DNA Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahimp pula dijadikan modal politik murahan Umno.

"Mana ada prosedur mahkamah, dah habis perbicaraan baru cari bukti, bila cukup bukti baru prosiding mahkamah diteruskan, dah habis mahkamah baru nak cari
bukti, ini mahkamah mana? Mahkamah serba boleh Barisan Nasional.

"Pakar yang mengatakan, doktor mengesahkan, dalam dubur Saiful itu ada DNA sendiri, perkara ini dah jadi lawak dalam mahkamah, Umno kehilangan idea,"katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah Mega "Ubah Sekarang, Tolak BN" di Dewan Beringin Seksyen 24, di sini, malam tadi.

Bukan itu sahaja katanya, Umno-BN sekali lagi menggunakan strategi jahat mereka dengan memberikan kad pengenalan (IC) kepada golongan bukan warganegara
Malaysia untuk memenangkan mereka pada pilihanraya.

Jelas Yaakob, taktik sama pernah digunapakai oleh Umno-BN di Sabah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kalah disebabkan projek IC ini apabila sebanyak 1.5 juta
IC palsu dilepaskan.

"Hari ini dia (BN) nak tawan Selangor, maka projek IC berlaku sekali lagi, Indonesia, Pakistan dapat IC.

"Jadi mereka (BN) dah hilang punca, negara sanggup digadai yang penting pertahankan nak tawan Selangor,"katanya lagi.

Turut hadir ceramah berkenaan ialah Ketua Penerangan Pas, Ustaz Idris Ahmad, Bob Lokman, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Tv Selangor/-


4 ulasan:

Awanama berkata...

La.. DNA Nuar bahan bukti apanya pulak..bukti DNA yang ada dalam dubur Saiful..yg DNA si Nuar tu nak diambil untuk dibandingkan...sama ke tak dengan DNA yg ada dalam dubur si saiful..klu x, maknanya Nuar x salah..klu sama sah la Nuar yang buat kerja tue..

Habis klu org merogol, DNA yang tertinggal dalam kemaluan mangsa mcm mana nak buktikan milik perogol atau tidak? Kalau tidak di ambil dan dibandingkan dengan DNA perogolnya..pastinya DNA perogol diambil kemudian...apa punya bangang la si Yaakop Sapari ni..

Logik la tue..yg x logiknya apa pasal Nuar tak mahu kasi DNA dia..takut sama dengan DNA lelaki Y dalam dubur Saiful?

Sudah la YB..dok siar benda karut mcm ni..rakyat bukan bodoh lagi nak dijaja dengan cerita karut mcm ni...sekarang ni nak tau Nuar meliwat ke x test la DNA tue bandingkan..apa susah2..

Satu lagi asal sahaja keputusan mahkamah berpihak kepada kerajaan kata mahkamah UMNO, klu berpihak kepada pembangkang? Diamkan pulak, terima keputusan, puji...ada ka itu mcm..bukan semua rakyat boleh diperbodohkan oleh pembangkang...sudah la YB...baik buat jer kerja untuk rakyat daripada banyak mengarut sahaja.

Awanama berkata...

Hanya punggung sayfool saja yang tinggal dalam agenda mempertahankan kuasa UMNO dinegara ini.
Punggung tempat sayfool melepaskan najisnya menjadi pujaan untuk UMNO agar dapat kekal berkuasa.
Untung sayfool punggung dia jadi pujaan UMNO dan rugi Malaysia, pemimpin negara lebih banyak berfikir tentang hal punggung sayfool dari isu semasa yang kian mudarat.

Awanama berkata...

x silap aritu ada 3 DNA yang berlainan...
kenapa DNA y sahaja yang diperbesarkan,,,
pernah dengar x penyelewengan ujian makmal...
kl dna Anwar tu dia ambik ...
pastu dia wat persamaan ngan dna yang sama...
dna y tu dia tak guna.,.
pastu keputusannya sama,...
pastu berita ni kuar kat berita...'
rakyat pun kata anwar wat kerja tuu..
dah banyak dah kes macam tu...'
kena upah ckit.. mula memanipulasi ujian DNA..
mungkin DSAI takut jadi macam tu,...
klu yer pun nak uji DNA y... dah tau Anwar xnak bagi.. uji DNA lain dulu.,.
Kana tiga DNA yang berlainan dalam tu tuuu...

Kasturi berkata...

Aku keliru ada sapa boleh tolong jawabkan... dulu ada seorang doktor kata tidak ada apa-apa ( kosong ) kemudian ada seorang doktor pula kata ada DNA " y " . yang mana satu betul ni?