17 April 2011

Haiti tunda lagi pengumuman pilihan raya

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

PORT-AU-PRINCE 17 April – Pegawai pilihan raya Haiti semalam buat kedua kalinya menunda tarikh pengumuman keputusan pilihan raya umum negara ini ke hari Rabu.

Keputusan pilihan raya itu pada asalnya dijadualkan diumumkan semalam tetapi telah ditunda ke hari Isnin, dan kini ditunda sekali lagi ke hari Rabu.

Menurut Majlis Pilihan Raya Sementara dalam satu kenyataan, penundaan itu dibuat ekoran pertikaian jumlah undi sangat tinggi. – AFP

Tiada ulasan: