17 April 2011

Syria : Perintah darurat 50 tahun akan ditarik balik

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Damsyik 17 April – Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam mengumumkan bahawa perintah darurat di negara ini yang telah dikuatkuasakan hampir 50 tahun akan ditarik balik dalam tempoh seminggu.

“Suruhanjaya pentadbir perintah darurat telah menyiapkan usul peraturan baru yang akan dihantar kepada kerajaan, sekali gus akan memperkenalkan undang-undang baru di negara ini dalam tempoh seminggu,” katanya.

Perintah darurat yang mengharamkan perhimpunan awam, memberi kuasa kerajaan menyoal siasat individu dan memantau komunikasi peribadi serta mengawal media telah dikuatkuasakan sejak 1963 di Syria. – AFP

Tiada ulasan: