17 April 2011

Pakatan Rakyat akur keputusan PRN Sarawak.

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akur Pakatan Rakyat(PR) gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.

Walaupun gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN), beliau gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap PR.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran PR di negeri itu terutama undi yang diterima DAP.

"Penduduk bandar jelas menolak Barisan Nasional dan memihak kepada DAP tetapi bagi PAS kita gembira sokongan semakin meningkat walaupun tewas kesemua kerusi," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Pada pilihan raya negeri itu semalam, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Nik Aziz sempat berkapung beberapa hari di Sarawak bagi membantu calon-calon PR yang bertanding di sana baru-baru ini.

4 ulasan:

pemerhati politik berkata...

Allah lebih mengetahui hikmah disebalik kegagalan PR menumbangkan BN diSarawak. Tidak perlu anda merasa terlalu kecewa.
Kebanyakan Melayu yang Islam hanyalah sekadar Islam pada nama sja sebab itu sokongan Melayu sendiri kurang. Jika Islam ditegakkan dengan sesungguhnya...susahlah mereka2 ini nak buat benda2 yang nyata menyalahi kehendak hukum Islam....contoh paling mudah rasuah, judi, tak tutup aurat, dan bnyak lagi.....fikir2kanlah.....

Tanpa Nama berkata...

tk perlu mengharapkan parti politik utk mmbendung budaya rahsuah, judi, tutup aurat etc...semua itu blh bermula dgn didikan agama bermula dri rumah...dlm keluarga oleh ketua keluarga.

Tanpa Nama berkata...

Ape susoh ?, DAP ade untuk jadi wakil mengembangkang dakwah PAS di Serawok. DAP doh terime Islam PAS, kangggg...

Tanpa Nama berkata...

bagus kerana pembangkang menerima kekalahan ini dengan hati terbuka. inilah namanya demokrasi. Pasti ada yg menang dan kalah. pembangkang patut mencuba untuk bersatu hati dlm byk hal supaya dpt menang dlm pilihanraya akan datang. Jangan asyik mainkan isu yg sama sj dlm berkempen...