17 April 2011

Taib angkat sumpah jawatan KM , bila mahu letak jawatan ?

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai ketua menteri malam ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kejayaan BN mengekalkan majoriti dua pertiga di dewan undangan negeri.

Abdul Taib mengangkat sumpah berkenaan dalam satu majlis di Astana Negeri Sarawak, kira-kira setengah jam selepas SPR membuat pengumuman berkenaan malam ini.

Upacara itu mengangkat sumpah itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada kira-kira jam 10.40 malam ini.

BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam.

Bagaimanapun ia dianggap sebagai prestasi terburuk BN apabila parti itu kehilangan sehingga lapan kerusi pada kali ini.

Abdul Taib bagaimanapun berjaya mengekalkan kerusi DUN Balingian apabila keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-10 diumumkan pada malam ini.

Beliau menang dengan majoriti selesa 5,154 undi dalam pertandingan tiga penjuru ditentang sepupunya, Datuk Salleh Jafaruddin yang bertanding atas tiket Bebas dan juga seorang calon PKR yang pertama kali bertanding, Suriati Abdullah.

Selain Abdul Taib, pemimpin BN negeri termasuk presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Seri James Masing dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Seri William Mawan, masing-masing juga berjaya mengekalkan kerusi DUN Baleh dan DUN Pakan.

Dalam pilihan raya negeri kali ini BN memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan.

Taib sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan ketua menteri dan ini adalah pilihan raya terakhir yang diketuainya.

Taib yang lahir pada Mei 1936 di Miri juga merupakan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB parti komponen Barisan Nasional.

Beliau berketurunan Melanau PBB memenangi kesemua 35 kerusi yang diperuntukkan kepadanya kali ini Taib juga merupakan ahli Parlimen kedua paling lama berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi ahli Parlimen Malaysia selama 38 tahun tetapi kerusinya diambil alih oleh anaknya pada 2008.

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Laila Taib yang meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 dan 18 Disember lalu telah mengahwini seorang wanita Lebanon berusia lingkungan 30-an.

Tindakanya mengangkat sumpah pada malam kemenangan BN pada banyak pihak dilihat sebagai suatu kebimbangan baru yang akan muncul iaitu bilakah Taib akan melepas jawatan sebagai KM.

Ahad lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pelan peralihan kuasa akan dilakukan dengan segera selepas pilihan raya negeri Bagaimanapun pada keesokan hari Taib berkata peralihan kuasa akan diadakan dalam beberapa “tahun lagi ”.

Sebelum ini Taib pernah menjanjikan untuk melepas kan jawatan selepas 5 tahun dari tahu 1995 namun tidak menjadi kenyataan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sampai tinggal tulang ngan kulit, baru berenti.....!!