17 April 2011

PKR akan cabar keputusan DUN Senadin

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya, Dr Michael Teo Yu Keng, kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR, Tian Chua, menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi.

"Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," katanya kepada pemberita.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.

Penyokong PKR, termasuk Ahli EXCO Selangor, Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula.

Parlimen Miri mempunyai 3 DUN iaitu DUN Piasau, DUN Senadin dan DUN Pujut.

Di DUN Miri DUN Piasau calon pakatan Rakyat dari DAP berjaya menyingkirkan Bekas Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan dengan Majoriti 1,590 undi . Calon DAP, Ling Sie Kiong mendapat 5,998 undi dan George Chan cuma mendapat 4,408.

Sementara itu di DUN Punjut calon PR yang juga dari DAP, Fong Pau Teck menang dengan majoriti undi 1,370. Beliau mendapat 9,120 undi dan calon dari BN Andy Chia Chu Fatt hanya mendapat 5,271 undi.

DUN Senadin juga bergantung kuat kepada undi pos melibatkan jumlah 1,000 dari pasukan askar dan polis.

Tiada ulasan: