17 April 2011

Pelancaran Buku Jingga peringkat PAS Kawasan Gopeng

13 Jamadilawal 1432H. [MOD] -
http://alhusseyn51.blogspot.com/

Malam tadi PAS Kawasan Gopeng telah melancarkan Buku Jingga , bertempat di D'Event, Pengkalan Pegoh.Majlis tersebut dilancarkan oleh YDP Kawasan, Tn Hj Rahim Mohamad Arif.

Turut serta dalam majlis yang dipengerusikan oleh saudara Alias ialah YB Sivakumar, Adun Tronoh.

Dalam ucapannya, YDP Tn Hj Rahim berharap supaya para aktivis PAS membaca buku Jingga tersebut dan memahami sungguh-sungguh agar dapat menjelaskannya rancangan-rancangan yang termuat dalam buku tersebut yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia kelak.

"Kita mesti jelaskan kepada rakyat bahawa segala rancangan yang terkandung dalam Buku Jingga itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan jaya dan berkesan kerana ianya dibuat melalui kajian yang mendalam dan teliti oleh beberapa orang pakar dan telah dibentang dan dibincangkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat," tegas Tn Hj Rahim.

Sementara itu YB Sivakumar turut menceritakan apa yang berlaku dalam persidangan DUN Perak siang tadi.Ikuti entri saya selepas ini.Saya sempat merakamkan sedikit ucapan beliau mengenai penghapusan Tol seperti berikut :

Tiada ulasan: