17 Mei 2011

Adik Thaksin bertanding rebut jawatan PM

14 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -


BANGKOK - Adik perempuan bongsu bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra semalam mengumumkan akan bertanding sebagai calon parti pembangkang untuk merebut jawatan perdana menteri Thailand pada pilihan raya umum Julai depan.

Pencalonan wanita Yingluck Shinawatra, 43, oleh parti yang pernah dipimpin Thaksin, Parti Puea Thai menjadikannya wanita pertama bertanding merebut jawatan tertinggi itu selain mengesahkan peranan Thaksin dalam senario politik Thailand walaupun beliau kini tinggal dalam buangan.

YINGLUCK SHINAWATRA dikerumuni jurugambar di ibu pejabat Parti Puea Thai, Bangkok 

"Saya bersedia berjuang menurut undang-undang dan saya meminta peluang untuk membuktikan diri saya. Saya meminta kepercayaan anda dan anda semua pernah memberikan kepercayaan kepada abang saya," katanya dalam satu perhimpunan parti Puea Thai di sini.

Keputusan parti itu yang sebulat suara memilih Yingluck sebagai calon utama mereka dibimbangi akan meningkatkan ketegangan di Thailand terutamanya di kalangan mereka yang tidak mahu Thaksin kembali ke negara itu. 

AFP

Tiada ulasan: