14 Oktober 2011

Ezam buat laporan polis terhadap Aziz Bari

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Lima laporan polis dibuat terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.

Malaysiakini kelmarin melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Mereka mahu Aziz dan Malaysiakini disiasat bawah akta hasutan. Laporan itu dibuat di balai polis seksyen 6 Shah Alam petang ini. Turut membuat laporan Pengerusi Gaps Hamidzun Khairuddin.

Sultan sebelum itu bertitah, siasatan JAIS mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu, Ezam mendakwa, institusi agama dan raja dicerobohi dengan "biadap" oleh Aziz dan Malaysiakini.

"Ini adalah agenda jahat yang terancang. Ini bukan pertama sekali Malaysiakini tampil dengan berita yang merosakkan institusi agama dan raja-raja," dakwanya.

Katanya, beliau percaya Malaysiakini akan terus menyiarkan berita yang merosakkan institusi negara "setiap minit" dan "setiap saat".

malaysiakini/-

4 ulasan:

adam berkata...

sy sokong institusi beraja diberikan kuasa penuh

Tanpa Nama berkata...

Siapa yang jahat?. Aziz yang tahu undang2 sedangkan ezam tau jilat liur sendiri aja. Dulu benci UMNOK sekarang tatang kesana kemari. Nak tanya sikit, awak ni jenis maknusia atau jenis bukan maknusia?. Orang yang punya dua alam ni boleh dikata lebih kepada khunsa.

otaklunyai berkata...

Bukan itu saja masalah yg melanda Islam banyak lagi dan dah bertahun2 berlaku tak sapa peduli poooonnnnn.... bukan sekarang je berlaku perkara murtad ni... dah lama dah... sejak zaman tok mid lagi... mas tu tok mid kata tak pa rng Islam mrtand sebab lagi ramai yg masuk Islam dari yg murtad... tak da sapa pun nak lempang muka tuk mid... semua main angguk jer... tetiba bila berlaku kes ni ada plak yg nak extrim sangat, tak guna otak kurniaan Allah... tuh sebesar2 kilang arak tu pa cite... angguk jugak lah tu... kalu tak da YB Pakatan yg pi selidik, tak da sapa pun nak peduli...

Tanpa Nama berkata...

Sultan sepatutnya diberi kuasa penuh dalam isu Islam,tapi dalam sistem demokrasi orang politik yang berkuasa,bayangkan sekiranya mereka diugut untuk tidak diberi satu undi oleh bukan islam andai mereka cuba untuk untuk mempertahankan agama...