14 Oktober 2011

Umno diseru ikut DHPP perkenalkan hudud

16 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Umno khususnya Umno Kelantan sepatutnya merasa malu dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kelantan yang telah berazam dan bertekad mengadakan siri jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (ll) kepada masyarakat bukan Islam.

Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas hasrat DHPP Kelantan untuk mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk menjelaskan tentang hudud.

“Kita amat menghargai usaha DHPP Kelantan ini, ianya adalah hasil kejayaan daripada usaha PAS yang dilakukan secara berterusan menjelaskan keindahan Islam kepada penduduk bukan Islam khususnya di negeri itu, tahniah kepada PAS negeri di bawah kepimpinan Tuan Guru Mursyidul Am.

“Berpolitik berpolitik juga tapi berkenaan suruhan agama kita hendaklah bersatu untuk melaksanakannya walaupun mempunyai perbezaan pandangan politik.

“Saya cadangkan biro agama Umno turut mengikuti jejak DHPP Kelantan ini, abaikan halangan daripada pihak parti sekiranya ada, laksanakan tugasan dan tanggungjawab anda kepada agama, kita percaya anda juga sayangkan agama,”ujar beliau lagi.

harakahdaily/-

1 ulasan:

adam berkata...

minta sayap pemuda umno lakukan tour bersifat keagamaan di seluruh negara