25 November 2011

Angin kencang, laut bergelora diramal sehingga Selasa

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan perairan negara dijangka mengalami keadaan angin kencang dan laut bergelora yang berterusan sehingga Selasa depan.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5m dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North dan Layang-Layang.

Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak mencapai 4.5m pula dikeluarkan bagi kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Phuket, Tioman dan Bunguran.

Selain itu, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai 3.5m dijangka berlaku di perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Sarawak, Labuan, Sabah (pedalaman, Pantai Barat dan kudat), Reef South dan Palawan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran kawasan Pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut disebabkan angin kencang dan ombak kuat yang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti pantai, perkhidmatan feri, perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak. - BERNAMA

Tiada ulasan: