25 November 2011

PR Johor gesa siasatan pecah amanah NFC

29 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEGAMAT - Kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri ini meminta pihak polis menjalankan siasatan berkenaan berhubung pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan dan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) secara tulus.

Ketua Wanita PKR Johor, Natrah Ismail berkata, polis harus segera menyiasat pihak yang terbabit berhubung susulan pendedahan dua bukti penyelewengan, pecah amanah dan salah guna kuasa yang membabitkan sejumlah wang dana awam melalui kelulusan projek yang diluluskan pada 2008 membabitkan sejumlah RM250 juta.

“Ia juga melibatkan perjanjian pembelian dua unit kondominium mewah, One Menerong di Bangsar oleh NFC bernilai RM13.8 juta dengan nilai RM6.9 juta bagi setiap satunya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Dewan Muslimat Pas yang juga bekas calon pilihan raya kecil DUN Tenang, Normala Sudirman.

Pihaknya berharap siasatan secara telus dan berintegriti iaitu bebas dari pengaruh mana-mana pihak dijalankan supaya laporan siasatan sedia dikemas kini dan dibentangkan di Parlimen.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat.

Sinar Harian

Tiada ulasan: