01 Disember 2011

4 terbunuh tanah runtuh di Sumatera

5 Muharram 1433H. [MOD] -

JAKARTA 1 Dis. – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 30 lagi hilang dalam insiden tanah runtuh di Sumatera, Indonesia, semalam.

Pegawai Agensi Pengurusan Bencana, Sutopo Purwo Nugroho berkata, insiden tanah runtuh itu menenggelamkan 37 rumah di daerah Nias, Utara Sumatera.

Menurutnya, empat kenderaan dan 25 motosikal turut rosak dalam kejadian itu dan agensi kerajaan kini menjalankan operasi mencari serta kerja kecemasan. – AFP

Tiada ulasan: