01 Disember 2011

Pertahan halang hudud, sekat royalti juga jihad?


5 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Dis: Semalam rakyat Malaysia telah dimualkan dengan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mempertahankan Umno adalah satu jihad.

“Tetapi persoalannya ialah adakah menyekat Kelantan dan Terenggau laksana hudud dan royalti juga adalah satu jihad?” tanya Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din sebagai respons kepada kenyataan Muhyiddin malam semalam sewaktu merasmikan perhimpunan sayap-sayap Umno yang bertajuk ‘Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad’.

Justeru, beliau meminta orang-orang Islam di Malaysia menggunakan anugerah akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT supaya berfikir semasak-masaknya sebelum ‘menelan bulat-bulat’ seruan Muhyiddin itu.

“Adakah tindakan kerajaan pimpinan Umno menghalang kerajaan Kelantan perolehi hak royalti dan kerajaan Terengganu sewaktu di bawah pemerintahan PAS adalah satu jihad yang diredhai oleh Allah SWT?” soal beliau .

“Adakah tindakan menghalang kerajaan Kelantan daripada melaksanakan hudud juga adalah juga suatu jihad di jalan Allah SWT?” soalnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut meminta seluruh umat Islam di Malaysia tepuk dada tanya iman.

Menurutnya, itu adalah persoalan-persoalan permulaan kepada ribuan soalan lagi tentang masa depan umat Islam yang gagal ditangani oleh kerajaan Umno BN sekarang.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: