29 Disember 2011

Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia

4 Safar 1433H. [MOD] -

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

malaysiakini/-

2 ulasan:

tajnur berkata...

Assalamualaikum
Mati juga akhirnya! Ingatkan orang seperti ini kebal dari segala2nya dan liat umurnya. Sejauhmanakah manusia ni boleh melawan Allah SWT? Agak2nya siapalah mereka yang sama2 mendengarkan talqinnya? Nak harapkan org macam Hakim Gula2 Hacks, dia pun dah jalan dulu....

Tanpa Nama berkata...

akhirnya ke lubang kubur jugak....x sempat nak mintak maaf pada orng2 yng dianiaya