13 Januari 2012

750 ekor anjing diselamat daripada menjadi hidangan

19 Safar 1433H. [MOD] -

BANGKOK 13 Jan. – Tentera laut Thailand berjaya menyelamatkan beratus-ratus ekor anjing yang mahu dijadikan hidangan makan malam di Vietnam dalam satu operasi mematahkan penyeludupan, menurut pegawai tentera laut semalam.

Kapten Theerakiart Thong-aram berkata, mereka menemui kira-kira 750 ekor anjing di dalam sebuah trak yang mahu menaiki feri merentasi sungai Mekong di wilayah Nakhon Phanom.

Seorang lelaki ditahan tetapi beberapa lagi rakannya berjaya melarikan diri. – AFP

Tiada ulasan: