13 Januari 2012

Harga makanan mencapai paras tertinggi pada 2011 - PBB

19 Safar 1433H. [MOD] -

PARIS 13 Jan. – Harga makanan asas mencapai rekod paras tertinggi pada 2011 dengan harga bijirin melonjak sehingga lebih tiga kali ganda, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), semalam.

FAO berkata, purata Indeks Harga Makanan bulanan ialah 228 mata pada 2011, paras tertinggi sejak 1990 dan memecahkan rekod 200 mata yang dicapai pada 2008.

Menurut pertubuhan yang beribu pejabat di Rome itu, purata indeks harga untuk bijirin, termasuk beras, gandum dan jagung, ialah 247 mata pada 2011, meningkat 35 peratus berbanding tahun sebelumnya dan tertinggi sejak 1970-an.

Harga daging pada tahun lalu pula meningkat 16 peratus berbanding tahun 2010 manakala produk tenusu seperti susu dan mentega mengalami peningkatan 10 peratus. – AFP

Tiada ulasan: