25 Januari 2012

GCC tarik diri misi pemerhati di Syria

1 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

DAMSYIK 25 Jan. - Negara-negara Teluk semalam mengikut langkah Arab Saudi menarik diri sebagai pemerhati di Syria serta mendesak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu meningkatkan tekanan terhadap Damsyik untuk menamatkan krisis.

Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dalam kenyataannya berkata, enam negara Teluk mengumumkan menarik diri daripada misi Liga Arab di Syria.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas tiada kemajuan yang dicapai di Syria memandangkan pembunuhan dan pertempuran masih berlaku ekoran keengganan Damsyik mematuhi saranan Liga Arab.

Sementara itu, Menteri Luar Syria, Walid Muallem berkata, Damsyik menolak sebarang campur tangan negara Arab terhadap konflik yang berlaku di negara itu.

"Cukuplah dengan cara penyelesaian daripada negara Arab," katanya. - AFP

Tiada ulasan: