25 Januari 2012

Tiga maut bunga api meletup di Thailand

2 Rabiul awal 1433H. [MOD] -

BANGKOK 25 Jan. - Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh manakala berbelas-belas lagi cedera apabila satu letupan kuat bunga api yang digunakan dalam pertunjukan sempena majlis sambutan Tahun Baru Cina di tengah Thailand, semalam, sekali gus membakar beberapa rumah di kawasan berhampiran.

Komander polis tempatan, Reera Butrpho berkata, percikan api daripada letupan bunga api itu jatuh ke kawasan perumahan di pekan Suphan Buri, di barat laut Bangkok, di mana majlis rasmi itu diadakan.

"Pihak kami percaya letupan itu tidak disengajakan. Kebakaran berjaya dikawal namun kami masih memantau situasi tersebut," katanya. - AFP

Tiada ulasan: