09 Januari 2012

Kenyataan Hasan Ali beberapa jam selepas di pecat dari PAS

15 Safar 1433H. [MOD] -

"Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim," kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Mohamed Ali malam semalam.

Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS berkuatkuasa semalam itu, Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.

NONE"Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.

"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.

Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Ibrahim Ali.

Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.

Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang 'meragukan' dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau Murshidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.

"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

Azmin Ali PC after meeting w police"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.

Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS sendiri.

Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam semalam sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

"Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

toll hike protest forum 271206 nasharuddin mat isa"Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini," katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin menjadi anggota Umno.

"Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita," katanya.

Ibrahim pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.

"Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip," katanya.

- Bernama

Hasan: Saya sedih dibalas sedemikian rupa
Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu. MK/-

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato Hassan Ali,sepatutnya bermuhasabah diri,sebagai bekas kepimpinan tertinggi,gunalah uslub da'wah yang bersesuaian mengikut mustawa,bukan menyatakan penentangan terbuka terhadap keputusan syura ,dimana letaknya wehdatul fikr,dimana letaknya wala' dato kepada kepimpinan,jika meletakkan islam sebagai wadah perjuangan,dato tidak melatah sebagini,gunakan lah kebijaksanaan dah hikmah dan sebagaimana seorang yang biasa memberi motivasi kapada ornag lain,nampak seolah dato tak mampu menerima kekalahan,sedangkan ia merupakan idealisma yang perlu ada pada setiap muslim.cubalah contohi Bainda rasullah dan para sahabat,bagaimana mereka berjuang,apakah yang mereka letakkan dihadapan apakah mereka meletakan pangkat dan dunia dihadapan mereka.perjuangan sebigini tiada apa-apa nilai disisi Allahs.w.

nf berkata...

asik nak menyalahkan orang sahaj..muhasabah diri sendiri sebelum menuding ke arah orang lain..dah terbiasa jadi pakar motivasi.fikir diri sendiri sahaja yang baik.tidak langsung menerima pendapat orang lain.

fikrah islamiah berkata...

Dalam sesebuah pertubuhan ada undang-undang atau perlembagaan, maka itu semua perlu dipatuhi. maka pemecatan terhadap Hasan Ali bukan menutup ruangnya untuk membangunkan Islam. Jadi, saya berharap Hasan Ali tidak melatah dan bersabarlah. kalau kita ikhlas dalam perjuangan, kita boleh berjuang dalam ruang lingkup yang lebih luas. cuma diharapkan jangan sesekali masuk dalam kancah politik yang perjuangan islam kabur.

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali sudah tahu nasib nya yg sorang lgi tu ingat2 la sikit