09 Januari 2012

Surat pemecatan telah dihantar kepada Hasan Ali

15 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS telah menghantar surat pemecatan sebagai ahli kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali tengahari tadi.

Surat itu telah disampaikan dengan tangan oleh kakitangan Pejabat Agung PAS ke rumah Hasan Ali di Pinggiran Taman Tun Dr Ismail.

(Gambar: Presiden PAS ketika mengumumkan pemecatan Hasan Ali)

Surat yang ditanda tangani oleh Setiausaha Agung PAS itu telah diserahkan kepada anak Hasan Ali kira-kira jam 12 tengahari tadi.

"Melalui surat itu, kita telah nyatakan beliau telah dipecat sebagai ahli namun dia berhak membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama dalam tempoh 30 hari," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Musatafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat AJK PAS Pusat semalam membuat keputusan memecat Hasan.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat itu berkata, Hasan dipecat berdasarkan Fasal 82(9) Perlembagaan PAS.

(Gambar: Hasan menyerang pemimpin PAS lagi dalam ucapan di rumah beliau malam tadi sebagaimana yang dilaporkan oleh Astro Awani)

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily semalam.

Malam tadi, Hasan sekali lagi menyerang PAS dengan mendakwa PAS bertindak berdasarkan seorang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ucapan yang dibuat di rumahnya, Hasan mendakwa, PAS memecatnya kerana mengkritik Anwar.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

cucukerinci berkata...

Hasan Ali contoh manusia ego, riak, bangga diri, takbur, ...sifat2 yg tercela dlm Islam....dia kata dia hebat sebab ada PHd....dlm Malaysia ni dia sorang saja ada PHd ke???tak sangka dia menghina dirinya sendiri ....

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali ni memang KERAS HATI DAN BEBAL! siapa nak dengan engko?.
Dulu kata dia rela dipecat demi agama. Bila dipecat dia sedih pulak . Sayang juga dia dengan harta, pangkat dan nama. Kalau cinta kan Allah apa nak disedihkan.

Tanpa Nama berkata...

Hasan Ali, mahu
1 Islam 2 Melayu 3 Raja

Rujuk al Quran Taat kepada Allah dan Rasul Mutlak,
Melayu Umno Raja Umno akan hancurkan Islam