20 Januari 2012

MB: Pupuk Persaudaraan Dan Hormati Kepelbagaian

26 Safar 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 20 Jan: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina berharap rakyat berusaha lebih gigih untuk menambahbaik segenap aspek kehidupan sebagai individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Abdul Khalid juga berkata sambutan Tahun Baharu Cina diharap akan mengukuhkan persaudaraan sesama manusia dan mengenali realiti kepelbagaian bagi membolehkan keunikan hidup bermasyarakat terpelihara.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina khususnya di Negeri Selangor, sempena Tahun Naga yang dikatakan membawa manfaat kepada semua.

"Semoga dengan itu kita semua akan dapat menikmati manfaat yang banyak, keunikan budaya kaum Cina ini mestilah dihormati sebagai sebahagian daripada ciri Malaysia," kata Abdul Khalid.

Sempena menyambut perayaan ini juga, Abdul Khalid mengingatkan rakyat agar memastikan aspek keselamatan ketika meninggalkan rumah atau semasa memandu pulang ke kampung.

Beliau juga menjemput rakyat untuk bersama dalam sambutan tahun baharu Cina peringkat negeri yang akan diadakan di Jalan Maxwell, Rawang pada 4 Februari 2012 ini bermula pada 6 petang sehingga 10 malam.

tv news/-

Tiada ulasan: