20 Januari 2012

Siapa Yahudi!! Penceroboh atau pembela tanah rakyat?

26 Safar 1433H. [MOD] -

- Delegasi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat dicaci pegawai i-SHARP
SETIU - “Pelik Tapi orang yang ingin membantu serta mempertahankan tanah-tanah rakyat miskin yang ‘dirampas’ menjadi sasaran cacian pihak yang sebenarnya boleh disifatkan sebagai “PENCEROBOH” terhormat.

Delegasi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh Pengerusinya, Zulkefly Mohamad Omar dilabelkan sebagai “Yahudi” hanya kerana kononnya kesalahan memasuki kawasan projek ternakan udang yang dikenali Taman Akuakultur Undang Bersepadu (i-SHARP) tanpa kebenaran pihak berkenaan.

Kejadian berlaku sekitar jam 1.00 tengahari Khams 19 Januari, setelah delegasi lajnah tersebut selesai membuat tinjauan turun ‘padang’ menemui para petani dan penduduk yang tanahnya dirampas oleh kerajaan BN Terengganu.

Lokasi tinjauannya sekitar Kampung RTB Kubang Labi, Kampung Nyatoh serta beberapa tempat yang terbabit dengan projek berkenaan.
Ketika rombongan yang diketuai oleh Encik Zul (Zulkefly) bersama hampir 15 orang ahli memasuki kawasan tapak projek i-SHARP, telah ‘dihalang’ oleh seorang kakitangan yang bertanggungjawab menjaga projek tersebut.

Katanya, pihak luar tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut tanpa kebenaran pihak pengurusan syarikat.
Beliau menyergah ketua delegasi dan ahlinya dengan nada suara yang tinggi serta menyifatkan sebagai “YAHUDI” kerana masuk tanpa kebenaran.

“Kamu semua ini siapa..? masuk tanpa kebenaran macam orang ‘YAHUDI’,” sergahnya dengan nada marah.

Menurutnya, sesiapa pun tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kecuali para pekerja terbabit sahaja.

Suasana agak tegang seketika apabila pihak delegasi PAS memperkenalkan diri serta meminta pegawai berkenaan memohon maaf dan menarik balik perkataan “YAHUDI” yang dilabelkan itu.

Sehubungan itu, Encik Zulkefly menjelaskan bahawa rombongannya adalah dari Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat bagi membuat tinjauan serta melihat tapak projek i-SHARP.

Kata beliau, pihaknya menerima banyak aduan tentang kesan buruk yang dihadapi oleh penduduk akibat dari kewujudan projek kolam udang tersebut.
Menurutnya, pihak PAS dan rakyat secara umum tidak menentang sebarang bentuk projek pembangunan tetapi tidak mahu ‘mengundang’ 1001 masalah.

“Kami dari rombongan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, masuk ke sini (tapak projek) untuk melihat sendiri keadaan kolam udang dan persekitarannya.

“Kami masuk pun tidak ada ‘sekatan’ atau ‘halangan’ dari mana-mana pengawal sekuriti dan apa salahnya.

“Penduduk mengadu dan mereka hadapi masalah sejak projek ini dimulakan dengan kesan banjir dan sebagainya. Itu yang kami hendak tengok (tinjau) di sini,” jelasnya kepada pegawai terbabit.

Sejurus selepas itu, masing-masing mengambil gambar (video dibawah) antara satu sama lain dalam usaha menghalang delegasi alam sekitar PAS berada lebih lama di lokasi kejadian tersebut.

Selepas kurang 10 minit, delegasi yang diketuai oleh Encik Zulkefly mula beredar bagi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku antara kedua belah pihak.

buletin online/-

Tiada ulasan: