12 April 2012

Gempa Bumi Kuat Di Mexico, Tiada Kerosakan Teruk

20 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MEXICO CITY: Satu gempa bumi kuat melanda Mexico pada Rabu, menggegarkan bangunan di ibu negara dan menyebabkan orang ramai bergegas keluar dari pejabat walau tidak ada laporan awal kerosakan.

Datuk Bandar Mexico City, Marcelo Ebrard berkata pada akaun Twitter terdapat tiada tanda-tanda awal kerosakan yang serius dan perkhidmatan utama ibu negara, termasuk sistem laluan bawah tanah dan lapangan terbang antarabangsa yang beroperasi seperti biasa.

"Ada bunyi menakutkan dalam bilik mandi dan semuanya bergoncang," kata Adela Arceo, yang menjaga dua kanak-kanak di bandar Roma, kawasan kejiranan Mexico City.

Tiada laporan awal mangsa terkorban.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa bumi 7.0 magnitud melanda negeri barat Michoacan pada kedalaman 40,8 batu (65.6 km).

Perkhidmatan kecemasan di Michoacan dan di negeri jiran Guerrero, yang telah dilanda beberapa siri gempa bumi baru-baru ini, dilaporkan tiada masalah utama pada hari Rabu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Honolulu berkata tidak mengeluarkan amaran tsunami, tetapi kakitangan, David Walsh berkata gempa bumi itu adalah dekat dengan air, cukup besar dan cukup dalam yang berpotensi mengalami tsunami.

Ia merupakan gempa bumi ketiga utama yang melanda Mexico dalam tempoh kurang daripada satu bulan. Gempa 7.4 magnitud telah melanda pada 20 Mac, merosakkan beratus-ratus bangunan di barat daya.

Ia kemudiannya telah diikuti oleh berpuluh-puluh gegaran susulan.

mstar/-

Tiada ulasan: