03 Mei 2012

Medunjanin dipenjara seumur hidup

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS), kelahiran Bosnia disabit kesalahan berkomplot menyelaras pengeboman berani mati di laluan kereta api bawah tanah New York, yang juga dianggap sebagai ancaman keganasan terbesar negara sejak insiden serangan 11 September 2001.

Menurut juri persekutuan, Adis Medunjanin, 28, didapati bersalah dalam sembilan pertuduhan termasuk bersekongkol melakukan serangan berani mati di AS, menerima latihan ketenteraan daripada kumpulan Al-Qaeda dan berkomplot untuk membunuh askar-askar AS di Afghanistan.

Bagi semua pertuduhan yang dibacakan, Medunjanin berhadapan hukuman penjara seumur hidup.

Rakan sekongkolnya, Najibullah Zazi ditahan polis pada September 2009, sehari sebelum Medunjanin dan rakan ketiga, Zarein Ahmedzay melancarkan serangan.

Bagaimana pun, Ahmedzay dan Zazi, mengaku bersalah merancang serangan bersama Medunjanin dan sudi untuk bekerjasama dengan kerajaan AS mengenai pertuduhan mereka.

Sinar Harian

Tiada ulasan: