03 Mei 2012

Risiko api cepat merebak

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

TUMPAT - Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembakaran terbuka di musim kemarau bagi mengelak berlakunya kebakaran yang boleh memusnahkan harta benda dan meragut nyawa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Yaakob Abdullah berkata, keadaan cuaca yang panas terik berisiko tinggi api cepat merebak sekiranya ada daripada penduduk kampung melakukan pembakaran terbuka.

“Saya nasihatkan sekiranya ada sampah yang ingin dibakar, lebih baik sampah tersebut ditanam untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

“Sekiranya dibakar juga sampah itu pastikan diawasi sehingga pembakaran itu selesai,” katanya.

Menurutnya, mana-mana yang mempunyai anak kecil, pantau anak masing-masing jangan biarkan mereka bermain dengan mancis, pemetik api kerana dikhuatiri ada yang membakar daun-daun kering, kertas berhampiran rumah.

“Cuaca panas kering yang melanda sekarang ini memudahkan api merebak,” katanya.

Menurutnya, lebih baik mencegah dan sentiasa beringat kerana api ketika kecil adalah kawan, apabila besar adalah lawan.

Sinar Harian

Tiada ulasan: