03 Mei 2012

Sekumpulan remaja terkejut temui rangka manusia dalam bangunan terbengkalai

11 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI - Hasil maklumat orang awam, polis menemui rangka manusia bersama tengkorak di sebuah bangu-nan usang dua tingkat yang terbengkalai lebih 20 tahun lalu di Jalan Butterworth Sungai Petani dekat Padang Temusu, petang semalam.

Rangka itu ditemui penduduk di tingkat atas bangunan berkenaan di sebuah bilik kecil dalam bangunan separa siap itu kira-kira 4.30 petang.

Turut ditemui berdekatan lokasi penemuan itu ialah sebuah tong dalam keadaan tertangkup, tali yang diikat di sebatang kayu, kasut dan pakaian yang dipercayai milik mangsa.

Berdasarkan tinjauan juga mendapati, tali yang disangkut di kayu yang dijadikan alang itu turut terselit beberapa helai rambut dipercayai milik si mati.

Difahamkan, rangka itu berkemungki-nan telah lama berada di kawasan itu dalam tempoh melebihi beberapa bulan.

Menurut maklumat awal, beberapa remaja berada di bangunan itu terkejut apabila ternampak rangka dan tengkorak manusia sebelum memaklumkan pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti identiti si mati dan punca kejadian.

Beliau juga tidak menolak kemungki-nan akan membuat semakan berhubung kes kehilangan yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Sinar Harian

Tiada ulasan: