25 Jun 2012

Confirm, aku akan saman Utusan – Mohamad Sabu

5 Syaaban 1433H. [MOD] -

MELAKA: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menegaskan akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu fitnah Polis Bukit Kepong tidak lama dulu.

"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi yang peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang polis yang beliau buat tidak benar dan ada unsur fitnah.

"Akhirnya Visvanathan yang memohon maaf kepada saya dan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah aku," ujar Mohamad.

Beliau berkata Visvanathan beberapa kali memohon maaf kepada beliau dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya.

"Visvanathan beberapa kali berkata 'we are brother', saya mohon maaf.

"Saya sudah maafkan dia, Visvanathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan, 'confirm; saya akan saman Utusan," tegasnya disambut laungan takbir oleh para penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka di Alai malam tadi.

Sementara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada majlis yang sama berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani membubarkan Parlimen kerana sehingga kini semua laporan prestasi terkini BN tidak memihak kepada Barisan Nasional kecuali laporan Kemas.

"Najib mengambil banyak pandangan dari pelbagai pihak, dia tanya 'Military Intelligent', 'Special Branch' polis, Kemas, Jasa dan lain-lain semuanya memberikan maklumat bahawa BN akan kalah kecuali Kemas yang menyatakan BN menang, sebab Kemas kaki bodek.

"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu, saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun," ujarnya.

Harakah Daily

Tiada ulasan: