18 September 2012

16 hilang terowong runtuh di China

2 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

BEIJING - Sekurang-kurangnya 16 hilang dikhuatiri tertimbus selepas terowong yang dalam pembinaan runtuh di tenggara China.

Agensi media Xinhua melaporkan, anggota penyelamat masih mencari mangsa yang terperangkap selepas terowong yang sedang dibina itu runtuh pada malam Ahad lalu berdekatan bandar Ganzhou, wilayah Jiangxi.

Terowong yang runtuh itu membabitkan sebahagian daripada hampir keseluruhan laluan lebuh raya dari utara ke selatan China sepanjang 3,429 kilometer.

Sementara itu, pegawai penyelamat berkata, data terkini mangsa terperangkap belum diperoleh.

"Dipercayai reka bentuk dan bahan binaan serta struktur kurang bermutu menyebabkan runtuhan itu berlaku," katanya. - AP

Tiada ulasan: