18 September 2012

NGO lapor SPRM, dakwa ahli politik terlibat sogokan

2 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan ''sogokan'' melibatkan sebuah jabatan kerajaan dan pemimpin kanan sebuah parti politik.

Ketua Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa, sogokan itu melibatkan bayaran komisen 40 peratus yang disalurkan kepada satu syarikat yang kurang dikenali di Klang pada tahun ini.

Beliau mendakwa, bayaran itu disalurkan daripada sejumlah bantuan kebajikan oleh kerajaan berjumlah RM500,00 kepada sebuah NGO.

Ketika ditemui di Pulau Pinang sebelum kumpulan itu menyerahkan maklumat itu kepada SPRM, Badrul Hisham berkata, bukti tersebut melibatkan surat rasmi dan minit mesyuarat yang berlangusng pada Mac tahun ini.

Beliau mendakwa, dokumen berkenaan menjelaskan secara terperinci pihak terbabit.

malaysiakini/-

Tiada ulasan: