13 September 2012

Siasat Suaram tak jejas pendedahan kes Scorpene

26 Syawal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: NGO Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) tidak akan menjejaskan usahanya dalam mendedahkan penyelewengan dalam isu Scorpene.

Penyelaras Suaram E. Nalini berkata, mereka percaya dengan apa yang telah dibuat selama ini mempunyai perjuangan yang lebih besar untuk dicapai.

"Bagi Suaram, kami berani kerana benar, " katanya sebaik diminta mengulas sejauhmana usaha mereka meneruskan pendedah isu Scorpene walaupun menerima asakan dari kerajaan.

Beliau ketika dihubungi berkata, usaha mereka sepatutnya dihargai dalam menyedarkan rakyat Malaysia tentang hak asasi di samping melahirkan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai itu.

Baginya, Suaram tidak akan berundur malah intimidasi sebegini bukan sesuatu yang baru dan percaya mereka ditekan kerana berani mendedahkan rasuah dalam pentadbiran negara.

"Selagi rakyat Malaysia berada dalam penindasan dan berlakunya pencabulan hak asasi manusia, selagi itu Suaram akan berada dengan mereka," katanya.

Beliau turut menyifatkan tindakan SSM sebagai gangguan ke atas Suaram dan percaya ianya bermotifkan politik.

"Ini juga adalah satu gangguan ke atas badan hak asasi dan pejuang-pejuang hak asasi yang perjuangkan kebenaran, keadilan dan kesaksaaman di Malaysia.

"Semua ini bermula dan berlaku kerana kes Scorpene yang telah difailkan oleh Suaram di France," katanya.

Beliau kecewa, kerajaan menggunakan agensinya seperti SSM, Perkeso, Bank Negara dan sebagainya untuk meletakkan reputasi dan kredibiliti mereka sebagai Ng yang tidak berdafta.

Justeru, Suaram bersedia untuk disiasat siapa sahaja dan sehingga kini mereka telah pun memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM) Mohd Naim Daruwish menegaskan pihaknya menjalankan siasatan terhadap Suaram berdasarkan aduan yang diterima.

Pegawai SSM pada 5 September lalu mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu

HARAKHDAILY/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nak kira apa dengan dana Suaram tu yang dikatakan dari Soros (bangsa Yahudi), sedangkan UMNO sendiri telah menghabiskan wang rakyat mengajikan firma Zionis (APCO) sebagai penasihat mereka di negara ini. Para pemimpin Melayu Bangsat (UMNO) ini adalah sebenarnya yang akan membenamkan (pupus) bangsa mereka di muka bumi ini, percayalah... Taraf mereka ini sebenarnya lebih hina dari para pelobi Zionis yang wujud di muka bumi ini.