19 Oktober 2012

Dentuman kuat, bergegar

3 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


USAHA...anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa.
USAHA...anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa.
MALANG...mayat mangsa yang terperangkap dibawa ke hospital.
 
MALANG...mayat mangsa yang terperangkap dibawa ke hospital. 
 
SHAH ALAM: “Saya hanya nampak kawasan itu dipenuhi habuk selain mendengar jeritan pekerja,” kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, 62, antara saksi awal kejadian anjung sebuah banglo dalam pembinaan dianggarkan berharga RM3 juta yang runtuh, di sini, semalam, menyebabkan seorang pekerja warga Indonesia terbunuh. 

Kejadian kira-kira jam 4.20 petang di Jalan Jed Satu 7/5A, Seksyen 7 itu turut menyebabkan lima lagi pekerja parah, seorang daripadanya putus kaki.

Beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ketika kejadian dia sedang membaca akhbar di rumahnya yang terletak berhadapan banglo yang runtuh itu.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi runtuhan yang kuat. Sebaik melihat dari tingkap, saya terkejut selepas mendapati sebahagian bumbung rumah sedang dibina di depan rumah saya runtuh,” katanya.

Abdul Aziz berkata, beliau segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan sebelum mereka tiba kurang 10 minit selepas dihubungi.

metro/-

Tiada ulasan: