18 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Ketiadaan beberapa item penting yang wajib ada dalam
buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 menimbulkan tanda tanya
samada wujud keadaan kerajaan Umno-BN mahu menyembunyikan sesuatu.
Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.
Antara item penting yang hilang ialah kedudukan Penyata Kewangan Pada 31 Disember 2012, Kumpulan Wang Berkanun Kerajaan Bagi Anggaran Kumpulan Wang Seperti 31 Disember 2012 dan Penyata Hutang Awam dan Jaminan Seperti 31 Disember 2012.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail penyata-penyata
tahunan itu sebelum ini tidak pernah gagal dimasukkan dalam buku
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan.
“Ini adalah penyata yang sangat penting dan saya tak fikir ia berlaku tanpa disengajakan.
“Bila penyata ini hilang, tentulah menimbulkan tanda tanya adakah
kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu,” kata Azan dalam sidang media yang
diadakan di lobi parlimen hari ini.
Dalam sidang media tersebut, Azan turut menunjukkan buku Anggaran
Perbelanjaan Persekutuan tahun sebelumnya yang mengandungi
laporan-laporan hilang itu.
Beliau turut menuntut kerajaan Umno-BN agar bertanggungjawab dan harus memberikan jawapan atas ketiadaan penyata penting itu.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2013 diedarkan kepada Ahli Parlimen
bagi memudahkan mereka membuat rujukan dan semakan terhadap Belanjawan
2013 yang dibentangkan Jumaat lalu.
Turut berada dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Gwo Burne-Loh. ~mpr
1 ulasan:
Macamana kita boleh dapat PM macam ni... malangnya Rakyat Malaysia.. aduh..
Catat Ulasan