2 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
(Duta Amerika selepas diserang di Benghazi, Libya)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton memberitahu CNN Isnin lalu bahawa dia bertanggungjawab untuk serangan ke atas misi diplomatik Amerika Syarikat bulan lepas di Benghazi, Libya.
"Saya akan bertanggungjawab untuk apa yang berlaku pada 11 September," ujar Clinton dalam satu temu bual semasa lawatan ke Lima, Peru. Beliau menegaskan Presiden Barack Obama dan Naib Presiden Joe Biden tidak terlibat dalam keputusan keselamatan yang berkaitan dengan konsulat.
Serangan ke atas misi Benghazi, dan respons pentadbiran Obama untuk keganasan, telah menjadi satu isu pilihan raya dan komen Clinton muncul sehari sebelum debat kedua antara Presiden Obama dan lawannya, Mitt Romney.
Romney berkata kematian Christopher Stevens, duta Amerika Syarikat ke Libya, dan tiga rakyat Amerika lain yang terbunuh di konsulat mendedahkan kelemahan dalam dasar luar Obama. Romney telah menuduh pentadbiran tidak menyediakan keselamatan yang mencukupi untuk diplomat Amerika dan menyalahtafsirkan sifat serangan tersebut.
Dasar luar dianggap sebagai kekuatan Obama, yang dipuji kerana membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden dan pengunduran tentera dari perang di Iraq dan Afghanistan.
Kongres telah menambhkan tekanan ke atas Jabatan Negara untuk memberi lebih maklumat mengenai serangan tersebut. Obama dan Clinton telah berikrar untuk melakukan siasatan penuh.
Clinton juga menafikan bahawa pihaknya pada awalnya mengaitkan keganasan tersebut dengan protes filem hina Nabi.
Sentiasa ada "kekeliruan" selepas serangan, ujar Clinton tentang hal tersebut.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan