07 Disember 2012

Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna

23 Muharram 1433H. [MOD] -

Ketua Cabang PKR risau maklumat disalah guna

Zahari menunjukk tingkap yang disyaki menjadi laluan pencuri menceroboh masuk ke dalam rumahnya di Taman Pandan Damai, Kuantan, malam kelmarin. 
 
KUANTAN- “Kerugian  saya alami tidak banyak, lebih kurang RM4,000 sahaja tetapi perkara  paling dirisaukan ialah maklumat berhubung parti  dalam komputer riba, thumb drive dan beberapa dokumen berkaitan yang hilang itu akan digunakan pihak lain yang berkepentingan,” kata Zahari Mamat, 51, Ketua Cabang PKR Paya Besar selepas rumahnya disyaki dipecah masuk pencuri,  malam kelmarin.

Kejadian pecah masuk kediamannya yang terletak di Taman Pandan Damai, dekat sini hanya disedari kira-kira jam 9 malam selepas beliau pulang dari masjid.

Menurutnya, dia meninggalkan rumahnya yang turut digunakan sebagai pejabat operasi PKR Cabang Paya Besar kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan baik.

“Tiada sebarang kesan pecah masuk atau geledah kelihatan ketika itu cuma langsir tingkap bahagian hadapan terbuka dan pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah melalui bahagian itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Zahari berkata, kehilangan itu disedari selepas dia gagal menemui sebuah telefon bimbit yang diletakkan bersama komputer riba dan beberapa dokumen  lain atas meja dalam bilik sebelum keluar ke masjid.

“Anak lelaki saya  yang ada bersama ketika itu turut mengadu komputer riba turut hilang lalu kami berdua bersama-sama mencari namun tidak menjumpai.

“Selepas itu baru kami sedar ada beberapa barangan lain termasuk dompet, tunai RM500, telefon bimbit, komputer riba yang mengandungi dokumen  maklumat parti dan sebuah jam tangan hilang,” katanya.

Menurutnya, beliau mengesyaki kejadian itu dirancang  namun tiada sebarang bukti yang boleh mengaitkan dengan pihak tertentu.

Beliau berkata, dia dan keluarga tidak tinggal di rumah itu sepanjang masa sebaliknya pulang sekejap-sekejap jika ada urusan.

“Bagaimanapun dalam masa dua hari ini, saya dan anak lelaki pulang dan bermalam di sini kerana banyak kerja berkaitan parti perlu disiapkan.

“Saya agak pelik, jika penjenayah berhajatkan barang berharga, banyak barang lain yang dia boleh ambil tapi hanya yang ada di atas meja itu sahaja yang dikebas,” katanya.

Zahari berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian.

“Setakat ini tiada sesiapa sesiapa yang disyaki cuma kira-kira jam 11 malam kelmarin ada pemuda dikenali datang ke rumah ini menemui saya untuk meminta bantuan.

“Pemuda terbabit mendakwa dia dan keluarga mengalami gangguan dan minta saya membacakan ayat suci al-Quran pada limau yang dibawa bersamanya ketika itu,” katanya.

Susulan kejadian, beliau membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading kira-kira jam 10.25 malam, hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan  dan kejadian dipercayai lebih kepada kes biasa dan tiada motif politik,

sinar/-

1 ulasan:

abdul berkata...

Saya cadangkan pemimpin PR menggunakan busness class notebook seperti lenovo thinkpad siri T atau L atau hp probook/elitebook kerana notebook ini mempunyai ciri sekuriti yg hebat.

Pencuri boleh mencuri notebook tersebut tetapi mereka tidak boleh menghidupkannya atau membaca hard disk yg diencripsi.